Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA..... Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita. Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "
Pautan Teman-Teman
- Tok Poyang Moden
- jadilah seperti LEBAH... datang membawa madu, pergi meninggalkan madu... jangan jadi seperti LALAT... datang membawa najis, pergi meninggalkan najis.... ...JANGAN DIKEJAR ORANG YANG LARI KERANA MUNGKIN IA INGIN MENYELAMATKAN ORANG YANG MENGEJAR...
Waktu Sekarang
Profil saya
Paparan
Rabu, 29 April 2009
“Wahai anakku, lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain. Lupakanlah semua kesalahan orang terhadap dirimu” (Lukman al-Hakim).
Kita mungkin pernah menyaksikan sebuah gol dibuat oleh seorang pemain bolasepak. Setelah itu, pemain itu menunjukkan reaksi yang sangat ghairah dan gembira, dia berbangga, dan disebut-sebutkankan namanya. Sedangkan sebelum gol itu dihasilkan dengan tendangan kakinya, telah banyak kerjasama yang diberikan kawan-kawan sepasukannya sehingga akhirnya bola itu di tendang kepadanya dan kemudian ia merembat bola itu sehingga menghasilkan gol.Hal itu menunjukkan bahawa apa saja yang kita lakukan dalam hidup ini tidak terlepas dari bantuan orang lain. Banyak bantuan langsung dan tidak langsung yang kita terima termasuk dari orang yang tidak kita kenal. Bantuan dari orang-orang yang jarang kita lihat termasuk para petani. Mereka lah yang telah membantu kita merasa kenyang dalam hidup ini. Tidak mungkin kita memiliki banyak waktu untuk meraih ’gol‘ pada setiap hari kalau kita juga menanam padi sendiri, membuat garam sendiri, dan sebagainya sendiri. Oleh itu, sebagai insan yang berakal, kita harus berterima kasih kerana tanpa mereka kita tak mampu mendapat ’gol‘ kita hari ini.
Namun demikian sudah menjadi tabiatnya manusia yang seringkali lupa akan jasa atau bantuan orang lain. Mereka selalu merasa telah mampu membuat sesuatu tanpa bantuan orang lain. Yang sering terjadi mereka mengagungkan kemampuan dirinya sendiri, merasa sombong dan ujub dengan apa yang telah diperolihi, kehebatan diri, dan bahkan meremehkan apa yang dilakukan oleh orang lain. Padahal dia sebenarnya sedang menuju suatu kehidupan yang sukar dalam hidupnya.Sesungguhnya kita adalah makluknya yang sangat lemah tanpa bantuan orang lain. Tanpa kehidupan saling tolong-menolong, menghormati jasa orang lain sebenarnya kita masih tidak mengenali hakikat kehidupan ini .
Jumaat, 24 April 2009
Lumrah Dunia
Apa guna kau rayu diriku
Duhai dara... ku tak rela
Apa guna kau rayu diriku
Duhai dara... ku tak rela
Kita pernah bercinta berjanji mesra
Bersama setia
Sayangnya kau berdusta memisah cinta
Pada yang lain kau tinggalkan ku seorang
Dalam kesal dan kecewa
Ingin kau kembali merayu mengharapkan
Belas kasih
Engkau pun tahu kini ku dah beristeri
Dan berbahagia
Hidup ku riang dengan cahaya mata ku
Rukun dan sentosa
Tangis sedu mu tak bererti
Jangan mengharapkan ku terima
Beginilah lumrahnya dunia
Yang bercinta bergelora
Khamis, 16 April 2009
Lembaran dan pelukan erat terakhir TJ buat Bang Mok.. sadis tuh....
Lembaran Terakhir
Bisikan keluhan hasrat hati
Diakhir jambangan kisah sedih
Katakan padanya aku pergi
Membawa derita sendiri
Rayuan suara hati hamba
Mengiring sesalan tak terhingga
Meratap menangis tiada guna
Yang lalu tak usah ditanya
Ku pergi dengan harapan
Cari teman seiring jalan
Ku nanti saat gemilang
Bila tercapai tujuan
Lembaran terakhir ku berikan
Tandanya berpisah dua insan
Tiada kandungan kata mesra
Hanyalah bingkisan kelana
- Ahmad Jais -
TP : ..... sadisnya TJ bila dgr lagu ni.... ishhkkkk.....
Ahad, 12 April 2009
Kenangan Kejohanan Tae Kwon Do Antara Sekolah2 Pahang 2006
Masa zaman sekolah dulu TP rasa TP seorang yang sangat jumud... maklumlah tak pernah bergaul dan bercampur dengan kaum lain. Hidup hanya dengan kepompong sekaum saja... bila ade perkra atau benda2 yang pelik sikit didengar terutama berlawanan dgn kehidupan dan budaya kaum sendiri, mulalah TP rasa bende ni tak elok, tak boleh, jangan diikut dan jangan dilayan.. bukan kite yg punya... TP ingat lagi masa tu ade mcm2 budaya senibela diri.... yg melayu paling banyak alirannya.... terutama pencak silat. Silat Gayung, Cekak, Lincah, Sendeng, Lian, Cekak Hanafi, Si Kuning - Kuningan, Nas Rul Haq, Makrifat, Lang Siwah, Penyu, Silat Pulut, Pengantin, Pesaka dan mcm2 perguruan silat lg... masing 2 ada kelebihan dn kekurangannya melainkan jika penuntutnya terlampau fanatik dgn perguruan masing2 maka mereka akan katakan bhw perguruan merekalah yang terbaik... yg lain.... pooorahhhh..... TP pun ada join jgk bbrapa perguruan silat2 ni..... bg TP lebh kurang je teniknya... tp ape yg penting semangat, berani, sabar tangkas dan x mudah hilang perhitungan... tu aje...
TP bersama anak2 buah di Kej. TKDo antara Sekolah2 Pahang
Tamat zaman sekolah TP mula merantau dan keluar dr kepompong... dh byk dpt lihat dunia luar..... dh jumpe ngan mcm2 org dn kaum serta bangsa... TP dh pernah jejakkan kaki dr utara hingga ke selatan, timur dan barat semenanjung... lantas ke sabah... serawak je belum explore lg... di mane je TP pergi adelah budaya senibela diri yang terkenal kt situ.... semuanya hebat2 dgn kelebihan dn kekurangan masing2 ( klu nk akui la )... TP memang sgt berminat dgn bende2 ni, x belajarpn x pe, dpt tengokpn jadilah. rupe2nye apa sj beladiri ... basicnya sama je, pukulan tepisan serangan lbh kurang je... yg byk beza cuma tarian dan bunga .... masing2 ade seninya tersendiri... itulh lebihnya...
Masa kt ipoh perak, TP mula berjinak2 dgn senibela diri dr luar plk. TP berminat sgt nk tau dn belajar seni bangsa lain pulak ( Korea ).... masa belajar kt Ipoh TP join perstuan Tae Kwon Do WTF Ipoh.... kene bayar wah... pendftaran RM100 bulan2 RM45... Grading Test ( Ujian Tali Pinggang ikut warna... paling bawah White Belt pn dh RM 45... makin naik colour Belt makin mahal.... ) tp nk buat cmne, yg terlibat dlm persatuan, dr Presiden hinggalh Instructor semua bangsa lain... mahal ke murah ke kene byr tetap bayar.. TP masih terkenangkan Master Lee ( 7th Dan ) dn Sir George (3rd Dan ) yg byk memberi tunjuk ajar dn x kedekut ilmu masa jd jurulatih TP.... byk skill baru yg TP dpt... teknik yg lebih simple ttp praktikal. Kdg2 Mr Lee ade jgk ckp... I respect you punya bangsa ada itu "dalam2" punya. tp U jgn pakai kt sini... I angkat tgn la... TP bgtau dia, itu lain org ade la. Diorg ade blajar itu mcm.. I x know nothing.... Haiyyaa. lu jgn kelentong la .... Mr Lee gelak .... I tgk U punya step pn I dh tau.... Mr Lee jgk ade ckp U punya olang a apasat x minat sama ini TK Do... TP geleng kepala x tau nk ckp ape... ye la masa tu TP 2 org je yg tidak berbangsa Cina dan India yg join kelab tu... ( TP dh lama x jumpa member tu.. terputus hubungan sejak tinggalkan ipoh. dgr citer skrg bukak kelas TK Do WTF kt Melaka.... berkat kesabaran kami berdua akhirnya kitaorg berjya jgk lulus ujian Tali Pinggang Hitam darjah pertama ( 1st Degree Black Belt )...kene byr duit Gradding / ujian ( RM 450.00 ) byk lg yg perlu ditempuh dan dipelajari sehingga boleh lulus ujian seterusnya sehinggalah ke Tali Pinggang Hitam darjah ke sembilan / 9th Degree Black Belt ( bergelar Grand Master ). Bila TP kenang semula dh berapa byk duit habis semata2 nk dpt skill Tae Kwon Do ni... TP mula berazam nk kembangkan skill ni pada anak bangsa TP sendiri..., walaupun percuma... tp apa yg TP dapati sekrg walupun nk diberi percuma pd mereka ni, kebanyakannya hangat2 taik ayam je... dtg sekali dua trainning dh berhenti...
Bila TP balik dr merantau di Sabah, x tau mana nk join TK Do ni lagi.... semua aktiviti TK, TP dh stop... satu hari TP terbaca pamplet Sukan sebuah sekolah di Mzm Shah... dlm aturcaranya ada Demo TK Do dr pelajar2... TP teruja nk tengok... Kt situ TP rasa bangga plk bila tengok yg buat Demo tu semuanya pelajar2 sebangsa ngan TP. wah.... rupanya kt sini ada Kelab TKD ni. Bila TP amati satu kelainan dlm Pattern Demo yg dipersembahkan... TP rasa sepanjang aktif ngan TKD WTF ( World Tae Kwon Do Federation ) x de plk pattern cam ni... Rupanya baru TP tau diorang ni dr Group TK Do GTF ( Global Tae Kwon Do Faderation ). Satu hari TP berkesempatan berkenalan dgn Jurulatih diaorg Cg. Mustahna Mahat.. Wah rupanya dia seorg Guru Melayu yg mengajar kt sekolah Teknik di Mzm Shah pemegang Tali Pinggang Hitam darjah ke empat (4th Degree Black Belt) dan Naib Presiden TKDo GTF negeri Pahang. ( sekarang dh jd Presiden GTF negeri Pahang...tahniah le ... dh 5th Dan sekarang ni...)Masa berbual2 tu dia ceritakan jgk sejarah TKD GTF ni.. asalnya dr persatuan TKDo ITF ( International Tae Kwon Do Federation ). Oleh kerana masalah dalaman persatuan akhirnya ditubuhkan satu persatuan baru dgn gelaran TKDo GTF yg kini dipimpin oleh Yg Bhg Grand Masters Dato' Dr. Sabree Bin Salleh (9th Dan). Beliau jgk merupakan Presiden TKdo GTF sedunia sekarang. Cikgu Mus kt mzm tu adalah anak murid dia ( Dato' Dr Sabree ). TP berasa bangga jgk dgn GM Dato' ni. Susah nk cari org Melayu yg boleh sampai ke tahap tu dlm TKDo...TP nyatakan hasrat nk join Team diorg (GTF). Setelah berbincng dn mendapat perkenan dr Dato' Dr Sabree Salleh TP pun berubah angin dgn keluar dr TKDo WTF ke TKDo GTF. Banyak jgk skill2 bru yg TP kene belajar semula... terutama Pattern GTF, sebab lain bebeno ngn Pattern WTF... Akhirnya dgn bimbingan dr Cg. Mustahna kini TP mula aktif semula dlm TKDo.. dgn tunjuk ajar dan bimbingan beliau jgk TP berjaya dalam ujian tali pinggang dan sehingga kini memegang Tali Pinggang Hitam Darjah ke tiga (3rd Degree Black Belt)...
....... bersambung......
TP : ...nk hitung student dulu wah....
... Hujung Bulan 6 ni nak hantar Student ke Kej TK Do antara sekolah2 Pahang kt KTN ....
Selasa, 10 Mac 2009
korang pernah dengar tak KEDAP ni? namanyapun sedap....Kalau tak tau ianya singkatan Kelas Dewasa (ibubapa) Asli dan Pribumi/Penan.
Senang cerita macam kelas dewasa citer P. Ramli tu ( Pendekar Bujang Lapok ). Tok ingat citer org tua dulu - dulu memang ada kelas dewasa ni... dianjur oleh KEMAS. Tp dah lama kelas macam ni tak ada. Atas inisiatif KPM ( Kem. Pelajaran Malaysia ) dibawah BPK ( bhg. Pend. Khas ) kelas KEDAP diwujudkan semula dengan perancangan yang bersungguh - sungguh dan kajian - kajian mendalam bagi membantu ibubapa kaum asli dan pribumi kat negara kita ni membasmi buta huruf sebagai support P&P anak mereka di rumah, dengan kaedah Andragogi P & P. Budget yang diperuntukkan bukan sikit - sikit wooo. Cecah jutaan... Fasa 1 dan 2 Tahun 2008 RM 13 juta... Fasa 3 Tahun 2009 lebih lg... Peserta( pelajar ) kelas ni bukan sja dapat belajar tp dibayar Elaun Kehilangan Pendapatan pada hari - hari mereka belajar sebanyak RM 19.00/ 2 jam sehari. Bertuahnya rakyat malaysia.... Tok jugak dapat bayangkan camana situasi yang akan berlaku dalam kelas KEDAP tu nanti.... mungkin macam dalam filem PBL P. Ramli tu.. maklum le.. org tua2 baru nak belajar ABC...
Apa yang Tok nak kongsikan, bg Tok duit rakyat yang telah begitu banyak dibelanjakan ni janganlah dipersia - siakan... samada oleh peserta ( pelajar ) mahupun Pengajar ( Guru ). Jangan lupa pd amanah dan tanggung jawab masing - masing... Tok juga rasakan ini adalah amanah terbaru yang diberikan kpd guru - guru kita yang terlibat dalam memastikan kejayaan KEDAP ni... INGATLAH!!!! ...... cabaran baru buatmu GURU.... TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA YANG PERIHATIN DAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA RAKYAT....
......Semuanya akan di HITUNGGG......
Melihat struktur sosial masyarakat Orang Hulu ini pula, kami dapati poyang mempunyai kedudukan yang agak istimewa di kalangan Orang Hulu. Walaupun poyang bukannya ketua masyarakat seperti tok batin, namun poyang begitu dihormati kerana dianggap sebagai individu yang diberikan “kuasa” untuk menjadi perantara dengan kuasa ghaib yang wujud di sekeliling mereka. Oleh sebab itu, poyang mempunyai pengaruh dalam menentukan lanskap sosiobudaya masyarakat Orang Hulu. Di samping mengubati orang sakit, poyang bertanggungjawab dalam menentukan pantang-larang yang mesti dipatuhi oleh setiap Orang Hulu untuk menjamin kesejahteraan hidup mereka.
Misalnya terdapat larangan daripada poyang bahawa Orang Hulu tidak boleh memakan daging rusa dan ikan toman kerana dikhuatiri akan mati cepat. Kami cuba membongkar rasional pantang larang ini, tetapi gagal. Ternyata larangan ini sangat peribadi sifatnya dan tidak boleh diberitahu kepada “Orang Luar” seperti kami.
Menurut seorang ahli sosiologi Inggeris G.Duncan Mitchell, dalam bukunya, Sociology: The Study of Social System, bomoh atau pawang (dalam kes Orang Hulu disebut poyang), sentiasa menerima kedudukan istimewa dalam sistem sosial masyarakat primitif yang percaya kepada kuasa ghaib. Menurutnya lagi, seringkali bomoh akan menjadi “pakar rujuk” yang paling beroutoriti dalam menentukan pola kehidupan dalam sesuatu masyarakat primitif.
Semasa kami mahu mengunjungi Kampung Mentelon untuk membuat kajian, kami terpaksa menunggu sehingga tiga hari untuk dibenarkan masuk ke kampung tersebut. Hal ini kerana pada ketika itu, Orang Hulu di Kampung Mentelon sedang berkabung atas kematian salah seorang penduduk di kampung tersebut. Poyang Kampung Mentelon menjelaskan kepada kami, “Kami dilarang keluar dari kampung ini atau menerima seorang pun tetamu dari luar sepanjang tempoh berkabung ini. Hanya sanak saudara yang mempunyai pertalian dengan si mati dibenarkan masuk ke kampung. Jika kamu melanggar peraturan ini maka kamu akan mendapat susah.”
Kami diberitahu oleh Orang Hulu bahawa dalam tempoh berkabung tersebut, poyang memainkan peranan penting untuk membaca mentera di rumah si mati. Poyang dianggap sebagai individu yang berupaya untuk menghindarkan sebarang kecekalan kepada keluarga si mati dengan memanggil roh atau penunggu Hutan Endau-Rompin untuk melindungi mereka.
Apabila kami berpeluang melawat rumah si mati selepas tempoh berkabung, kami dapati pelbagai alat pemujaan dan tangkal tersangkut di dinding rumah. Hati kami mula gelisah apabila poyang memberitahu bahawa sebenarnya rumah ini masih belum “cukup selamat” untuk dikunjungi. Menurutnya lagi, masih terdapat kuasa-kuasa jahat yang berkeliaran di sekeliling rumah. Kami mendengar setiap penjelasan poyang ini penuh minat dengan bulu roma yang mula berdiri.
... hitung wah hitung....
dah berapa hari hitung.... 3 hari wah....
Misalnya terdapat larangan daripada poyang bahawa Orang Hulu tidak boleh memakan daging rusa dan ikan toman kerana dikhuatiri akan mati cepat. Kami cuba membongkar rasional pantang larang ini, tetapi gagal. Ternyata larangan ini sangat peribadi sifatnya dan tidak boleh diberitahu kepada “Orang Luar” seperti kami.
Menurut seorang ahli sosiologi Inggeris G.Duncan Mitchell, dalam bukunya, Sociology: The Study of Social System, bomoh atau pawang (dalam kes Orang Hulu disebut poyang), sentiasa menerima kedudukan istimewa dalam sistem sosial masyarakat primitif yang percaya kepada kuasa ghaib. Menurutnya lagi, seringkali bomoh akan menjadi “pakar rujuk” yang paling beroutoriti dalam menentukan pola kehidupan dalam sesuatu masyarakat primitif.
Semasa kami mahu mengunjungi Kampung Mentelon untuk membuat kajian, kami terpaksa menunggu sehingga tiga hari untuk dibenarkan masuk ke kampung tersebut. Hal ini kerana pada ketika itu, Orang Hulu di Kampung Mentelon sedang berkabung atas kematian salah seorang penduduk di kampung tersebut. Poyang Kampung Mentelon menjelaskan kepada kami, “Kami dilarang keluar dari kampung ini atau menerima seorang pun tetamu dari luar sepanjang tempoh berkabung ini. Hanya sanak saudara yang mempunyai pertalian dengan si mati dibenarkan masuk ke kampung. Jika kamu melanggar peraturan ini maka kamu akan mendapat susah.”
Kami diberitahu oleh Orang Hulu bahawa dalam tempoh berkabung tersebut, poyang memainkan peranan penting untuk membaca mentera di rumah si mati. Poyang dianggap sebagai individu yang berupaya untuk menghindarkan sebarang kecekalan kepada keluarga si mati dengan memanggil roh atau penunggu Hutan Endau-Rompin untuk melindungi mereka.
Apabila kami berpeluang melawat rumah si mati selepas tempoh berkabung, kami dapati pelbagai alat pemujaan dan tangkal tersangkut di dinding rumah. Hati kami mula gelisah apabila poyang memberitahu bahawa sebenarnya rumah ini masih belum “cukup selamat” untuk dikunjungi. Menurutnya lagi, masih terdapat kuasa-kuasa jahat yang berkeliaran di sekeliling rumah. Kami mendengar setiap penjelasan poyang ini penuh minat dengan bulu roma yang mula berdiri.
... hitung wah hitung....
dah berapa hari hitung.... 3 hari wah....
kalau nak citer memang ader macam - macam misteri kat port kejer aku ni.....
tu baru ckit yang tak sengaja dapat tumpang sekaki posing ngan aku..tp bagi aku tak per la..... dia pun makhluk tuhan jugak kan...... janji jangan kacau kejer aku dah la....
kalau dia boleh tolong aku memblog lagi bagus......
tu baru ckit yang tak sengaja dapat tumpang sekaki posing ngan aku..tp bagi aku tak per la..... dia pun makhluk tuhan jugak kan...... janji jangan kacau kejer aku dah la....
kalau dia boleh tolong aku memblog lagi bagus......
Isnin, 9 Mac 2009
Jeng.... jeng.... jeng......
Bloger TokPoyang bakal menjelmakan dirinya dengan isu - isu panas......
penuh dengan PeRhItUnGaN........ menghitung..... hariiiiii......
Langgan:
Catatan (Atom)