Menghitung Hari..??? Hari Menghitung..????

Hari - hari kita menghitung.... Apa yang dihitung???? Macam - macam dihitung...... Hari lahir??? ke hari jadi??? Hari mati??? ke hari kematian???? Hitunglah apa - apa haripun.... .... yang penting.... menghitung Hari Gaji... Pesta Menuai wah....!!!!

Selasa, 10 Mac 2009

KEDAP

Dicatat oleh Tok Poyang Moden



korang pernah dengar tak KEDAP ni? namanyapun sedap....Kalau tak tau ianya singkatan Kelas Dewasa (ibubapa) Asli dan Pribumi/Penan.

Senang cerita macam kelas dewasa citer P. Ramli tu ( Pendekar Bujang Lapok ). Tok ingat citer org tua dulu - dulu memang ada kelas dewasa ni... dianjur oleh KEMAS. Tp dah lama kelas macam ni tak ada. Atas inisiatif KPM ( Kem. Pelajaran Malaysia ) dibawah BPK ( bhg. Pend. Khas ) kelas KEDAP diwujudkan semula dengan perancangan yang bersungguh - sungguh dan kajian - kajian mendalam bagi membantu ibubapa kaum asli dan pribumi kat negara kita ni membasmi buta huruf sebagai support P&P anak mereka di rumah, dengan kaedah Andragogi P & P. Budget yang diperuntukkan bukan sikit - sikit wooo. Cecah jutaan... Fasa 1 dan 2 Tahun 2008 RM 13 juta... Fasa 3 Tahun 2009 lebih lg... Peserta( pelajar ) kelas ni bukan sja dapat belajar tp dibayar Elaun Kehilangan Pendapatan pada hari - hari mereka belajar sebanyak RM 19.00/ 2 jam sehari. Bertuahnya rakyat malaysia.... Tok jugak dapat bayangkan camana situasi yang akan berlaku dalam kelas KEDAP tu nanti.... mungkin macam dalam filem PBL P. Ramli tu.. maklum le.. org tua2 baru nak belajar ABC...

Apa yang Tok nak kongsikan, bg Tok duit rakyat yang telah begitu banyak dibelanjakan ni janganlah dipersia - siakan... samada oleh peserta ( pelajar ) mahupun Pengajar ( Guru ). Jangan lupa pd amanah dan tanggung jawab masing - masing... Tok juga rasakan ini adalah amanah terbaru yang diberikan kpd guru - guru kita yang terlibat dalam memastikan kejayaan KEDAP ni... INGATLAH!!!! ...... cabaran baru buatmu GURU.... TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA YANG PERIHATIN DAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA RAKYAT....

......Semuanya akan di HITUNGGG......

Misteri Tok Poyang

Dicatat oleh Tok Poyang Moden

Melihat struktur sosial masyarakat Orang Hulu ini pula, kami dapati poyang mempunyai kedudukan yang agak istimewa di kalangan Orang Hulu. Walaupun poyang bukannya ketua masyarakat seperti tok batin, namun poyang begitu dihormati kerana dianggap sebagai individu yang diberikan “kuasa” untuk menjadi perantara dengan kuasa ghaib yang wujud di sekeliling mereka. Oleh sebab itu, poyang mempunyai pengaruh dalam menentukan lanskap sosiobudaya masyarakat Orang Hulu. Di samping mengubati orang sakit, poyang bertanggungjawab dalam menentukan pantang-larang yang mesti dipatuhi oleh setiap Orang Hulu untuk menjamin kesejahteraan hidup mereka.
Misalnya terdapat larangan daripada poyang bahawa Orang Hulu tidak boleh memakan daging rusa dan ikan toman kerana dikhuatiri akan mati cepat. Kami cuba membongkar rasional pantang larang ini, tetapi gagal. Ternyata larangan ini sangat peribadi sifatnya dan tidak boleh diberitahu kepada “Orang Luar” seperti kami.
Menurut seorang ahli sosiologi Inggeris G.Duncan Mitchell, dalam bukunya, Sociology: The Study of Social System, bomoh atau pawang (dalam kes Orang Hulu disebut poyang), sentiasa menerima kedudukan istimewa dalam sistem sosial masyarakat primitif yang percaya kepada kuasa ghaib. Menurutnya lagi, seringkali bomoh akan menjadi “pakar rujuk” yang paling beroutoriti dalam menentukan pola kehidupan dalam sesuatu masyarakat primitif.
Semasa kami mahu mengunjungi Kampung Mentelon untuk membuat kajian, kami terpaksa menunggu sehingga tiga hari untuk dibenarkan masuk ke kampung tersebut. Hal ini kerana pada ketika itu, Orang Hulu di Kampung Mentelon sedang berkabung atas kematian salah seorang penduduk di kampung tersebut. Poyang Kampung Mentelon menjelaskan kepada kami, “Kami dilarang keluar dari kampung ini atau menerima seorang pun tetamu dari luar sepanjang tempoh berkabung ini. Hanya sanak saudara yang mempunyai pertalian dengan si mati dibenarkan masuk ke kampung. Jika kamu melanggar peraturan ini maka kamu akan mendapat susah.”
Kami diberitahu oleh Orang Hulu bahawa dalam tempoh berkabung tersebut, poyang memainkan peranan penting untuk membaca mentera di rumah si mati. Poyang dianggap sebagai individu yang berupaya untuk menghindarkan sebarang kecekalan kepada keluarga si mati dengan memanggil roh atau penunggu Hutan Endau-Rompin untuk melindungi mereka.
Apabila kami berpeluang melawat rumah si mati selepas tempoh berkabung, kami dapati pelbagai alat pemujaan dan tangkal tersangkut di dinding rumah. Hati kami mula gelisah apabila poyang memberitahu bahawa sebenarnya rumah ini masih belum “cukup selamat” untuk dikunjungi. Menurutnya lagi, masih terdapat kuasa-kuasa jahat yang berkeliaran di sekeliling rumah. Kami mendengar setiap penjelasan poyang ini penuh minat dengan bulu roma yang mula berdiri.


... hitung wah hitung....
dah berapa hari hitung.... 3 hari wah....

Cobaan... cobaannn.....

Dicatat oleh Tok Poyang Moden


kalau nak citer memang ader macam - macam misteri kat port kejer aku ni.....
tu baru ckit yang tak sengaja dapat tumpang sekaki posing ngan aku..tp bagi aku tak per la..... dia pun makhluk tuhan jugak kan...... janji jangan kacau kejer aku dah la....
kalau dia boleh tolong aku memblog lagi bagus......

Isnin, 9 Mac 2009

Bakal Menggegarkan Dunia Bloggers..

Dicatat oleh Tok Poyang Moden

Jeng.... jeng.... jeng......
Bloger TokPoyang bakal menjelmakan dirinya dengan isu - isu panas......
penuh dengan PeRhItUnGaN........ menghitung..... hariiiiii......